Khamis, 5 November 2009

Maybank Lebih Baik

Blog kali ini menjawab pertanyaan blog sebelum ini iaitu 'Yang Mana Lebih Baik'.
Semalam saya diberitahu oleh penyelia yang saya akan ada temuduga bagi jawatan 'eksekutif di Merchant Business, Maybank'. Di tingkat 38. Ingatkan saya diarahkan untuk menyelia temuduga seperti yang saya pernah lakukan sebelum ini. Hati saya melonjak girang. Ini adalah peluang yang saya tunggu-tunggu.

Hari ini pada jam 10 pagi saya melangkah ke tingkat 38 dan bertemu dengan Mr.Siva. Beliau telah menemuduga saya secara santai. Jadi dapatlah saya kurangkan tahap nervousness saya ketika itu. Beliau menerangkan sedikit sebanyak skop kerja bagi jawatan yang ditawarkan pada saya. Saya tidak ada masalah untuk belajar perkara baru kerana ketika saya ditempatkan di HR department, pengetahuan tentang HR adalah zero. Lagipun, kita dituntut mencari ilmu serta perkara baru selagi bernyawa.

Mr.Siva melahirkan rasa gembiranya lantas bersetuju mengambil saya bekerja dibawah kendaliannya. InsyaAllah, saya akan memulakan tugas baru, di tempat baru pada 16hb11 ini.
Maka dengan ini, saya mengisytiharkan, Maybank adalah terbaik buat saya.

Kedua tapak tangan memohon doa agar dipermudahkan segala urusan. Amin...

2 ulasan:

  1. maksudnya, akan menamatkan praktikal under GEMS?

    BalasPadam
  2. haah kak...berkuat kuasa isnin ini...saya akan bagi 5 hari notis...pastu dah stat keje...

    BalasPadam