Selasa, 3 November 2009

Yang manakah Lebih Baik

Penantian itu memang menguji kesabaran yang teramat sangat. Saya masih setia menanti surat tawaran bekerja di Bernas. Namun begitu, sesi latihan bekerja di Maybank tetap diteruskan. Sedar akan tanggungjawab, semestinya tidak boleh melunturkan semangat sendiri dek kerana berangan-angan bekerja di Bernas. Apa yang berlaku di Bernas adalah pengstrukturan semula. Jadi, saya terpaksa menunggu lagi.

Pada jam 11 pagi tadi saya menerima panggilan temuduga untuk jawatan guru sandaran di Negeri Sembilan. Saya memohon menjadi guru bukan saje-saje. Tapi, minat untuk mengajar dan mendidik anak bangsa yang menebal dalam diri. Subjek pilihan saya adalah Matematik. Jadi, temuduga pada 23hb11 nanti akan saya hadiri dan diiringi doa serta pengharapan.

Jumaat lalu, 'supervisor' ada menawar untuk menolong saya mendapat tempat di Maybank khasnya bagi unit Cards. Banyak vacancies katanya. Beliau menyuruh saya menghantar resume untuk dipertimbangkan bagi jawatan tersebut. Petang itu juga saya menghantar resume kepadanya juga diiringi doa dan pengharapan.

Andai kata ketiga-tiga ini saya dapat serentak...Yang mana satu menjadi pilihanku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan