Jumaat, 19 Februari 2010

Secebis Kasih

Memang Ibu Bapa kita tidak pernah meminta wang dari anak-anak mereka, walhal anak-anak mereka dilihat mampu melakukan sedemikian.Namun, jauh dilubuk hati mereka tersimpan pengharapan dapat merasa barang seratus dua ratus ringgit dari anak mereka. Saya bukan seorang anak yang sempurna. Saya akui, tidak kerap memberi wang kepada Umi dan Walid selepas memperoleh gaji. Namun, saya punya cara tersendiri untuk membuat Umi dan Walid saya tersenyum riang dan bahagia hidup di bumi Allah.

Saya kira dengan cara saya itu, dapat memberi persepsi yang baik masyarakat sekeliling terhadap kedua Umiwalid saya. Kenapa saya begitu yakin yang mereka sekarang gembira? Mana tidaknya, setiap kali pulang ke Perak melawat mereka cahaya kegirangan terpancar diruang muka mereka terutama Umi.

Namun, masih ada kekangan untuk saya terus membiarkan mereka gembira sebegini. Saya harus tabah dan gigih bekerja demi mereka. Kelak saya akan dimiliki orang lain maka jiwa ini bukan lagi hak kedua Umiwalid. Justeru, saya sanggup memberi apa sahaja buat mereka sementara punya kesempatan. Biarlah diri tak punya harta, asalkan buat mereka ada 'sesuatu' yang boleh digelar harta sepencarian bersama saya.

Doa tak putus usai solat 5 waktu moga dimurahkan rezeki, diberkati kehidupan, perkuatkan amal ibadat,dikurniakan insan yang menghormati kedua umiwalid dan disayangi orang lain.
Konsepnya mudah, buat baik pada umiwalid, kesejahteraan menjadi kepunyaan saya.

Kiasan entri ini perlu penelitian ketika membacanya...

Khamis, 10 Disember 2009

Siapa cakap?

Siapa cakap saya tidak layak bekerja Di Maybank? Maklum, ada yang cakap walaupun pointer saya bagus dan aktif di universiti, saya masih tidak dapat kerja. Yelah, 'dia' tidak sampai 6 bulan dah dapat 1, 2 tawaran bekerja. Biarlah 'dia' nak cakap apa. Asalkan 'dia' bahagia.

Siapa cakap Maybank pilih orang yang cantik-cantik? Maklum, ada yang cakap semua pekerja Maybank lawa-lawa, kacak-kacak. Yela, 'dia' seorang yang biasa. Tak pandai sangat nak bergaya.Biarlah 'dia' nak cakap ape. Asalkan rezeki ditanganNya.

Siapa cakap Merchant Business kerja banyak? Maklum, ada orang cakap merchant kerja tak enjoy. Yelah, 'dia' nak kerja yang senang-senang. Boleh sembang-sembang. Biarlah 'dia' nak cakap apa. Asalkan dia cepat dapat kerja.

Saya cakap, saya layak bekerja di Maybank. Maklum, saya memang minat dan saya seorang yang bersemangat. Yela, belajar pun perbankan Islam. Biarlah saya bahagia di Maybank.

Saya cakap Maybank tidak memandang rupa semata. Maklum, saya pun bukanlah cantik sangat. Yela, mungkin ketrampilan pekerja Maybank menakutkan. Biarlah saya berkhidmat di Maybank.

Saya cakap bekerja di Merchant Business sangat seronok kerana 'ada kerja'. Tak makan gaji buta. Maklum, saya selalu mengadu banyak kerja. Biarlah ia. Kerja memang tak akan habis. Berbaloilah gaji.

Isnin, 9 November 2009

Puan Haniza

Saya menghabiskan hujung minggu saya di Melaka kerana telah berjanji dengan kakak untuk memberi sokongan anak sulungnya membuat persembahan di Majlis Penyampaian dan Penghargaan tadikanya di Melaka Mall.Saya bergerak ke Melaka sejurus waktu pejabat tamat. Membeli 2 bungkus nasi kukus untuk kakak dek kerana mengidam.

Sabtu, saya mengajak kakak ke Jusco untuk membeli kasut. Hajat hati ingin membeli kasut Hush puppies. namun hampa kerana jenama terkemuka itu sudah tidak meletakkan produknya di Jusco lagi. Saya mengalih tumpuan ke Primavera. Jenama yang tidak nkurang hebatnya. Saya bercatu makan demi membeli sepasang kasut ini. Sedang saya asyik membelek kasut-kasut 'mahal' ini, saya terpandang susuk tubuh yang saya kenali. Loushi(pensyarah mandarin) saya rupanya. Saya tidak berniat menegurnya kerana segan. Yelah, loushi dikenali kerana sifat tegasnya. Saya cuba mengecilkan diri untuk mengelak dari di'perasani'.

Sambil mencuba kasut baru, saya dikejutkan dengan sapaan seseorang. Walaupun beliau tidak menyapa saya, beliau menyapa promoter kasut yang melayan saya.
"Macam mana kasut saya, ada saiz tak?", wanita itu bersuara.
Saya mengangkat muka untuk berrespon dengan pertanyaannya itu. Terkejut hingga tak terkata tatkala melihat wanita itu adalah Puan Haniza, isteri Loushi saya. Sambil menyalaminya saya bersosial "Puan pun beli kasut ni? Taste kita sama kan, high taste, saya berlawak. Sambil ketawa beliau memerli saya, "student I yang sebaya dengan u dah beranak-pinak dah,tau".
Saya tidak menjawab dan terus menukar topik. "Puan selalu ke sini ke?"
"Memang la, you buat pe kat sini, merayau ye?".
"Rumah kakak saya kat sini, weekend saya berpeleseran la kat sini".
Beliau ketawa dengan jenaka ringan saya. Kami berpisah setelah mendapat kasut masing-masing.

Puan Haniza merupakan lecturer English ketika saya di Universiti 2 tahun yang lepas. Apa yang membuatkan saya susah melupakan beliau adalah sifat caring , simple dan mesranya. Tak ramai kawan-kawan saya rapat dengannya. Saya adalah antara yang bertuah kerana menjadi ketua kelas sekaligus membuatkan saya rapat dengan beliau. Kami sering berbual perkara-perkara yang pelik dan berguna juga.

Saya pernah membuat beliau kecewa atas perbuatan orang lain. Dek kerana terlalu baik dan mudah percaya pada kawan, saya telah meminjamkan nota English saya pada seorang teman. Mungkin kekurangan idea atau tidak tahu langsung, teman saya telah mengambil keputusan untuk membentangkan nota yang saya pinjamkan di kelas Puan Hani. Akibat dari itu, teman saya telah dimarahi oleh beliau sehingga menyebabkan nama saya menjadi punca utama teman saya dimarahi. Saya dikatakan telah membenarkan teman mengambil nota, dan membentangnya bulat-bulat.

Petang itu saya mendapat SMS dari Puan Hani yang menyatakan perasaan kecewanya pada saya. Saya menjadi takut serta sakit hati.Lalu saya menjelaskan padanya bukan niat saya untuk membiarkan teman melakukan sedemikian. Niat saya meminjamkan nota itu adalah untuk memudahkan beliau membuat rujukan. Nasib menyebelahi saya. Puan Hani menerima saya sebagai mangsa keadaan. Hubungan saya dengan teman menjadi renggang dek kerana tiada ucapan/kata maaf darinya. Namun, telah saya maafkannya walau melupakannya adalah mustahil.

Sekiranya Puan Hani membaca entry ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengajar saya. InsyaAllah, saya kahwin nanti, saya jemput Puan ye...

Jumaat, 6 November 2009

Sangat teruja

Alhamdulillah, saya telahpun diserap bekerja dengan Maybank bermula 16hb11 ini di department merchant business. Dengan ini saya terpaksa menolak tawaran Bernas memandangkan terpaksa melalui beberapa prosedur yang terlalu panjang sehingga saya merasakan risikonya terlalu tinggi untuk terus menanti.

Atas rasa teruja ini, saya mengambil kesempatan semperna hari Jumaat yang mulia ini untuk bersedekah kepada makcik tua yang buta. Naluri saya sentiasa teruja untuk menyedekah barang seringgit dua kepadanya. Dengan rezeki yang Allah Ta'ala berikan kepada saya, saya hulurkan lebih dari hari biasa kepadanya. Harapnya,dapatlah beliau menyara kehidupannya seperti kita yang sempurna pandangan ini.

Khamis, 5 November 2009

Maybank Lebih Baik

Blog kali ini menjawab pertanyaan blog sebelum ini iaitu 'Yang Mana Lebih Baik'.
Semalam saya diberitahu oleh penyelia yang saya akan ada temuduga bagi jawatan 'eksekutif di Merchant Business, Maybank'. Di tingkat 38. Ingatkan saya diarahkan untuk menyelia temuduga seperti yang saya pernah lakukan sebelum ini. Hati saya melonjak girang. Ini adalah peluang yang saya tunggu-tunggu.

Hari ini pada jam 10 pagi saya melangkah ke tingkat 38 dan bertemu dengan Mr.Siva. Beliau telah menemuduga saya secara santai. Jadi dapatlah saya kurangkan tahap nervousness saya ketika itu. Beliau menerangkan sedikit sebanyak skop kerja bagi jawatan yang ditawarkan pada saya. Saya tidak ada masalah untuk belajar perkara baru kerana ketika saya ditempatkan di HR department, pengetahuan tentang HR adalah zero. Lagipun, kita dituntut mencari ilmu serta perkara baru selagi bernyawa.

Mr.Siva melahirkan rasa gembiranya lantas bersetuju mengambil saya bekerja dibawah kendaliannya. InsyaAllah, saya akan memulakan tugas baru, di tempat baru pada 16hb11 ini.
Maka dengan ini, saya mengisytiharkan, Maybank adalah terbaik buat saya.

Kedua tapak tangan memohon doa agar dipermudahkan segala urusan. Amin...

Selasa, 3 November 2009

Yang manakah Lebih Baik

Penantian itu memang menguji kesabaran yang teramat sangat. Saya masih setia menanti surat tawaran bekerja di Bernas. Namun begitu, sesi latihan bekerja di Maybank tetap diteruskan. Sedar akan tanggungjawab, semestinya tidak boleh melunturkan semangat sendiri dek kerana berangan-angan bekerja di Bernas. Apa yang berlaku di Bernas adalah pengstrukturan semula. Jadi, saya terpaksa menunggu lagi.

Pada jam 11 pagi tadi saya menerima panggilan temuduga untuk jawatan guru sandaran di Negeri Sembilan. Saya memohon menjadi guru bukan saje-saje. Tapi, minat untuk mengajar dan mendidik anak bangsa yang menebal dalam diri. Subjek pilihan saya adalah Matematik. Jadi, temuduga pada 23hb11 nanti akan saya hadiri dan diiringi doa serta pengharapan.

Jumaat lalu, 'supervisor' ada menawar untuk menolong saya mendapat tempat di Maybank khasnya bagi unit Cards. Banyak vacancies katanya. Beliau menyuruh saya menghantar resume untuk dipertimbangkan bagi jawatan tersebut. Petang itu juga saya menghantar resume kepadanya juga diiringi doa dan pengharapan.

Andai kata ketiga-tiga ini saya dapat serentak...Yang mana satu menjadi pilihanku...

Jumaat, 2 Oktober 2009

IBU TUA

Seperti biasa, komuter Perlabuhan Klang sentiasa penuh pada jam 5 ke atas seperti komuter-komuter yang lain. Setibanya di KL Central, asakan demi asakan berlaku di antara penumpang demi mendapat tempat di dalam tren.

Mata saya terpana melihat seorang ibu tua yang turut berasak memasuki tren. Matanya melilau ke atas mencari pemegang yang tergantung. Seorang lelaki Indonesia menawar ibu tua ini bertukar tempat setelah melihat ibu tua itu seakan rimas berada di tengah-tengah orang ramai. Saya tidak dapat memberi ruang kepadanya memandangkan saya juga tersepit di tepi tingkap.

Setelah tren bergerak ibu tua itu mengucapkan terima kasih kepada lelaki Indonesia atas keprihatinannya. Kemudian terus menyeret lelaki tersebut untuk berbual-bual. Saya dan Ayu hanya dapat mendengar sedikit butiran perbualan mereka.

Menurut ibu tua ini, beliau selalu berjalan seorang diri memandangkan anak-anaknya duduk berjauhan. Seorang belajar di luar negara, seorang duduk di luar negara dan yang lain-lain tinggal jauh darinya dan semua telah berkeluarga.

Tiba-tiba saya dan Ayu terdengar sedu-sedan ibu tua itu seolah-olah melahirkan rasa sedih teramat sangat. Kami berpandangaan. Saya bertanya kepada Ayu kenapa ibu tua itu menangis. Rupa-rupanya, selepas menceritakan perihal anak-anaknya yang tidak balik menjenguknya pada Hari Raya, beliau terus menangis.

Begitulah hati seorang ibu. Menyimpan rindu terhadap anaknya. Ibu tua ini mempunyai ramai anak. Bagaimana pula dengan ibu saya yang hanya mempunyai 2 orang anak perempuan? Jika kami juga seperti anak-anak ibu tua ini, menggununglah dosa yang terpaksa kami tanggung.

Ya Allah, berkatilah hidup Umi dan Walidku...