Isnin, 9 November 2009

Puan Haniza

Saya menghabiskan hujung minggu saya di Melaka kerana telah berjanji dengan kakak untuk memberi sokongan anak sulungnya membuat persembahan di Majlis Penyampaian dan Penghargaan tadikanya di Melaka Mall.Saya bergerak ke Melaka sejurus waktu pejabat tamat. Membeli 2 bungkus nasi kukus untuk kakak dek kerana mengidam.

Sabtu, saya mengajak kakak ke Jusco untuk membeli kasut. Hajat hati ingin membeli kasut Hush puppies. namun hampa kerana jenama terkemuka itu sudah tidak meletakkan produknya di Jusco lagi. Saya mengalih tumpuan ke Primavera. Jenama yang tidak nkurang hebatnya. Saya bercatu makan demi membeli sepasang kasut ini. Sedang saya asyik membelek kasut-kasut 'mahal' ini, saya terpandang susuk tubuh yang saya kenali. Loushi(pensyarah mandarin) saya rupanya. Saya tidak berniat menegurnya kerana segan. Yelah, loushi dikenali kerana sifat tegasnya. Saya cuba mengecilkan diri untuk mengelak dari di'perasani'.

Sambil mencuba kasut baru, saya dikejutkan dengan sapaan seseorang. Walaupun beliau tidak menyapa saya, beliau menyapa promoter kasut yang melayan saya.
"Macam mana kasut saya, ada saiz tak?", wanita itu bersuara.
Saya mengangkat muka untuk berrespon dengan pertanyaannya itu. Terkejut hingga tak terkata tatkala melihat wanita itu adalah Puan Haniza, isteri Loushi saya. Sambil menyalaminya saya bersosial "Puan pun beli kasut ni? Taste kita sama kan, high taste, saya berlawak. Sambil ketawa beliau memerli saya, "student I yang sebaya dengan u dah beranak-pinak dah,tau".
Saya tidak menjawab dan terus menukar topik. "Puan selalu ke sini ke?"
"Memang la, you buat pe kat sini, merayau ye?".
"Rumah kakak saya kat sini, weekend saya berpeleseran la kat sini".
Beliau ketawa dengan jenaka ringan saya. Kami berpisah setelah mendapat kasut masing-masing.

Puan Haniza merupakan lecturer English ketika saya di Universiti 2 tahun yang lepas. Apa yang membuatkan saya susah melupakan beliau adalah sifat caring , simple dan mesranya. Tak ramai kawan-kawan saya rapat dengannya. Saya adalah antara yang bertuah kerana menjadi ketua kelas sekaligus membuatkan saya rapat dengan beliau. Kami sering berbual perkara-perkara yang pelik dan berguna juga.

Saya pernah membuat beliau kecewa atas perbuatan orang lain. Dek kerana terlalu baik dan mudah percaya pada kawan, saya telah meminjamkan nota English saya pada seorang teman. Mungkin kekurangan idea atau tidak tahu langsung, teman saya telah mengambil keputusan untuk membentangkan nota yang saya pinjamkan di kelas Puan Hani. Akibat dari itu, teman saya telah dimarahi oleh beliau sehingga menyebabkan nama saya menjadi punca utama teman saya dimarahi. Saya dikatakan telah membenarkan teman mengambil nota, dan membentangnya bulat-bulat.

Petang itu saya mendapat SMS dari Puan Hani yang menyatakan perasaan kecewanya pada saya. Saya menjadi takut serta sakit hati.Lalu saya menjelaskan padanya bukan niat saya untuk membiarkan teman melakukan sedemikian. Niat saya meminjamkan nota itu adalah untuk memudahkan beliau membuat rujukan. Nasib menyebelahi saya. Puan Hani menerima saya sebagai mangsa keadaan. Hubungan saya dengan teman menjadi renggang dek kerana tiada ucapan/kata maaf darinya. Namun, telah saya maafkannya walau melupakannya adalah mustahil.

Sekiranya Puan Hani membaca entry ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengajar saya. InsyaAllah, saya kahwin nanti, saya jemput Puan ye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan