Rabu, 19 Ogos 2009

BERDOSANYA AKU...

Malam semalam saya telah menceritakan kepada rakan karib saya perihal saya setiap hari terjaga diantara jam 3.00 pagi-4.00 pagi untuk ke tandas. Saya juga meluahkan rasa hati saya yang kemungkinan Allah memberikan peluang untuk saya bersolat tahajud pada waktu itu. Ayu pun bersependapat dengan saya. Malam itu, bersaksikan Ayu saya berjanji sekiranya terjaga pada waktu-waktu sedemikian, saya akan terus bersolat malam.

Nah, tidak syak lagi. Saya telah terjaga sekitar jam 3.00 pagi untuk ke tandas. Ketika masuk ke tandas, saya terfikir akan janji saya untuk bersolat malam. Namun, terasa malas sangat padahal mata membuntang segar. Saya terus menyambung tidur walaupun mengambil masa dalam 5 minit untuk terlena semula.

Saya merasakan diri saya berada di rumah yang dipenuhi orang ramai. Di tengah mereka kelihatan sekujur tubuh yang kaku. Alangkah terkejutnya saya mendapati tubuh itu adalah Umi saya yang saya sayangi. Selepas dikebumikan, roh umi sering menemani saya dan menceritakan keadaan di alam kubur. Jiwa saya terlalu sedih apabila bertemu dengan rohnya.

Saya terjaga dan beristighfar,"Alhamdulillah, mimpi rupanya aku. Saya terlena lagi, mimpi yang sama bersambung kembali. Benar-benar mengganggu jiwa saya. Saya terjaga kembali dan beristighfar. Takut untuk sambung tidur tetapi tanpa disedari saya bermimpi lagi. Untuk kali yang ke 3 ini, rakan karib saya, Ayu pula yang meninggal. Rohnya juga menemani saya selepas dikebumikan. Sangat sayu dan terasa terlalu sunyi bila rakan karib telah tiada di sisi buat selama-lamanya. Terasa situasi ini benar-benar berlaku. Saya menguatkan diri untuk membuka mata. Mujur bukaan pintu yang agak kuat menyentak lena saya. "Ya Allah Ayu, aku mimpi kau meninggal dan roh kau pengganti jasad kau berkawan dengan aku, umi pun sama".Ayu memberi reaksi yang pelik. "Aku rasa Allah memberi amaran pada aku menunaikan janji untuk solat malam la ayu", jelas saya."Kenapa kau cakap macam tu ila?" Dengan penuh rasa insaf saya menceritakan padanya kegagalan saya untuk solat malam walaupun telah terjaga sekitar jam 3.00pagi.
"Itulah, bila dah berjanji, kita kena tepati. Nak pulak kau berjanji dengan Allah depan aku", ayu memberi nasihat kepada saya. Terasa panas ruang muka.'Aku takkan buat lagi, Ya Allah berilah kesempatan lagi buatku untuk kuat beribadat padamu',saya berdoa di dalam hati.

Kita tidak tahu bila lagi kesempatan seperti ini akan diberi oleh Allah. Ambillah iktibar dari kisah yang penuh pedoman ini. Lebih molek lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang semestinya menuntut kita untuk kuat beribadat serta solat di waktu malam.

Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan