Selasa, 18 Ogos 2009

TAKDIR DIPERSALAHKAN

Melalui pembacaan saya di Harian Metro, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang enggan memakai topeng muka sekiranya terdapat simptom-simptom H1N1. Memang wajar kerajaan bertindak demikian. Saya rasa inilah salah satu tindakan rasional kerajaan. Yang lain-lain, saya ambil masa untuk memikirkan rasionalnya terlebih dahulu. Virus H1N1 ini terlalu seni. Kita tidak mampu melihatnya dengan pandangan mata kasar meskipun 'hijab' pandangan di buka.

Memakai 'mask' dan mencuci tangan dengan kerap adalah salah satu perkara pencegahan yang perlu dilakukan. Namun, ada juga kata-kata negatif terhasil dari bibir orang yang suka berfikiran negatif. Ambil contoh pernyataan dari seorang kenalan saya, "alah, kalau dah nak kena, nak buat macam mana". Dia mengucapkan ayat ini selepas saya menasihatinya memakai mask dan tidak keluar dari rumah sekiranya tiada urusan yang penting. Pernyataannya itu semacam mahu menyalahkan takdir sekiranya tertulis yang kita akan kena penyakit ini di masa akan datang.

Hati saya merona bara dan membalas kenyataannya," mencegahkan lebih baik dari mengubati. Kalau macam tulah awak cakap, ramailah yang akan menjadi pencuri. Alasan yang diberikan sekiranya tertangkap, "sudah takdir saya jadi pencuri". Aduh, pendek sungguh pemikiran rakyat Malaysia sekarang. Sama ada anda sedar atau tidak, kebanyakkan kita suka mencipta alasan yang kadang-kala kita sendiri tidak percaya alasan ciptaan kita itu

Apapun, saya mendoakan kenalan saya itu dapat berubah dan melakukan anjakan paradigma dalam pemikirannya itu.

Esok apa takdir saya ye?...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan