Isnin, 17 Ogos 2009

STOR MENJADI KAMAR..

Sudah lebih 2 bulan saya tinggal di Pangsapuri Permai,Pantai Dalam. Saya tidak ambil peduli senior di tempat kerja saya menyindir saya duduk di kampung. Pantai Dalam ini memang sesuai buat musafir yang baru ingin membina hidup di kota Kuala Lumpur yang sentiasa bermain dengan duit. Dengan kos RM150 sebulan (termasuk api dan air), saya selesa duduk di bilik kecil, sebesar stor rumah teres bersama rakan karib saya.

Sabtu lalu umi datang ke rumah saya sebab kami mahu ke Melaka melawat kakak saya serta anak-anaknya. Saya sebenarnya agak segan nak bawa umi tidur di rumah saya memandangkan biliknya terlalu comel.Namun, saya tabahkan hati menahan malu. Setibanya di rumah saya, 'stor' saya dijengahnya dulu. "keciknya bilik, sian anak umi". Itulah statement pertama yang terpacul dari mulut umi seraya melihat bilik saya.

Malam itu, saya membawa umi makan nasi kukus yang saya kira umi akan menyukainya. Memang benar, nasi saya pun umi tolong habiskan. Selepas makan, umi mengajak saya ke kedai perabot berdekatan. Umi membelikan saya rak besi untuk meletakkan kain. Memang sebelum ini, kain baju saya dan rakan di susun didalam raga. Selepas membeli rak itu, umi mengemaskan bilik saya serta mengubah susun atur barang-barang di dalam bilik saya. Hasilnya, bilik saya kelihatan lebih luas daripada yang asal.

Tak rugi membawa umi datang ke rumah saya.Sekarang, stor saya telah menjadi kamar yang sepatutnya didiami oleh anak-anak dara seperti kami. Terima kasih ye umi.

Bila ila dah ada rumah sendiri boleh la tolong lagi ye...

4 ulasan:

  1. kesian adik dgr..
    tapi itulah adat bila mula merantau akak..
    semoga akak kuat untuk alami dugaan..
    =)

    BalasPadam
  2. yelah lan..
    InsyaAllah kesusahan yang kita tanggung dengan tabah akan menjadikan kita lebih kuat berusaha

    BalasPadam
  3. biasa la ila.. tak senang nak senang kan?

    BalasPadam