Rabu, 23 September 2009

29 Ramadhan

Alhamdulillah...

Kita wajib melahirkan rasa sedih meninggalkan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Saya sudah berada di kampung pada hari terakhir umat islam berpuasa. Setibanya di kampung, Maksu dan anak daranya telah membuat sedikit persiapan seperti memasukkan daun pisang ke dalam buluh lemang, merebus ikan sardin untuk dibuat kuah laksa serta membersihkan rumah peninggalan arwah opah.

Saya tidak hanya duduk diam, usai solat Zohor saya membantu mengisi pulut di dalam buluh lemang, membasuh pinggan dan mengemas rumah. Lemang pun dibakar sambil dihiburkan dengan dentuman mercun bola oleh sepupu. Walaupun terkejut, namun memikirkan keseronokan sepupu yang masih keanak-anakkan, saya turut seronok.

Kami berbuka nasi berlaukan sardin, rendang dan daging masak kicap. Terasa sungguh seronok kerana dapat makan beramai-ramai. Penyimpan mohor besar telah mengisytiharkan Hari raya jatuh ada esok hari, seperti yang dijangkakan. Bermakna, tiada lagi solat sunat Terawih dapat dilakukan. Aidilfitri perlu disambut dengan penuh kesyukuran, kami memulakan fasa kedua menyambut Aidilfitri esok.

Baju raya warna merah jambu, tapi tudung warna hitam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan