Jumaat, 18 September 2009

HARI RAYA

Memang belum lagi, cuma hendak menceritakan sedikit pengisian yang akan saya lakukan sepanjang seminggu bercuti raya.

Malam ini saya akan memulakan perjalanan untuk pulang ke kg di Ipoh. Mungkin bertolak pada pukul 10.30 malam. Kenapa lewat sangat? Sebenarnya saya ingin mengelak kesesakan jalan raya. Maklumlah, masing-masing ingin pulang ke kampung halaman bagi menyambut Cahaya Aidilfitri.

Sesampainya di rumah nanti, kemungkinan dapat melelapkan mata barang 3,4 jam. Selepas Solat subuh akan bergerak ke kg di Bota Kiri. Kg umi,walaupun Opah sudah tiada,kami tetap memeriahkan rumah peninggalannya. Saya akan membantu membakar lemang (juadah kegemaran) dan memasak rendang ayam bersama mak-mak saudara.

Mungkin raya ke 2 saya sekeluarga akan balik ke Ipoh semula untuk bersiap-siap. Manalah tahu ramai yang akan datang beraya di rumah. Masa saya sekolah menengah dahulu, pernah hampir 15 orang rakan lelaki datang beraya di rumah saya. Sehinggakan Walid(ayah) berbisik di telinga Umi,' dahsyat jugak anak kita tu ye'. Sebenarnya saya hanya menjemput salah seorang daripada mereka. Tidak sangka beliau membawa 14 orang rakan-rakannya.Tidak mengapalah, namanya pun rumah terbuka. Jika di Brunei, budaya menziarahi rumah-rumah jiran hatta tidak pernah kenal sesama mereka berlaku di Hari Raya. Bukankah ia mengeratkan tali silaturrahim. Tapi awas, manalah tahu yang datang tu perompak ke.Bahaya juga.

Raya ke 3 sepupu saya akan bertunang. Beliau menjemput saya menghadirinya. Sepupu saya lelaki. Bakal tunangnya orang Parit Buntar. InsyaAllah jika tidak ada aral melintang, saya datang.

Raya ke 4 adik angkat saya bertunang dan juga menjemput saya. Dia seorang perempuan. Namun saya terlebih dahulu menguzurkan diri kerana ingin pulang ke KL semula pada hari tersebut.

Raya ke 5 saya akan pergi beraya ke rumah sahabat saya,Ayu. Kemudian kami akan pergi ke Melaka untuk beraya di rumah kakak saya. Saya membuat permintaan kepada kakak untuk menyediakan mee kari dikala saya beraya di rumahnya nanti. Mee kari beliau memang hebat. Kuahnya pekat dan penuh dengan isi (udang, kerang, ayam) dan sebagainya.

Hari seterusnya mungkin saya dan Ayu akan pergi beraya di Shah Alam, rumah rakan kami Afiah. Rindu pada ibunya. Afiah sekeluarga pernah membantu dan menumpangkan kami berdua bermalam di rumah mereka sehari sebelum Hari Konvokesyen kami. Saya juga telah mematahkan katil Afiah dek kerana baring dibahagian katil yang sudah retak menanti belah.
Ketika itu, muka terasa panas kerana malu menebal.

Isnin pula, saya akan kembali bekerja seperti biasa.

Berhati-hati dijalan Raya.


SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA PEMBACA BLOG SAYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan