Isnin, 7 September 2009

TEMUDUGA DI OUB

Strength saya adalah persistent. Saya akan menyudahkan kerja saya tanpa berbaki. Tetapi tidak pada makanan. Kadang-kala banyak juga makanan yang saya tak mampu habiskan dek kerana tong perut yang kecil. Pada hari Sabtu 5hb9 yang lepas saya menghadiri temuduga di United Oversea Bank di Jalan Pudu bagi jawatan Management Trainee. Temuduga akan bermula pada jam 10.30pagi. Namun, saya tiba awal 40 minit demi mengikut saranan pihak UOB supaya tiba awal 30 minit.

Setibanya di ruang legar UOB, saya memasuki lif bersama 3 orang yang lebih kurang seusia dengan saya. Saya membiarkan seorang dikalangan mereka menekan butang 5. Kemudian saya terdorong untuk mengikuti mereka. Tiba di tingkat 5 kami diarahkan untuk mengambil IQ test terlebih dahulu. Soalan agak mencabar. Tetapi saya dapat menjawab kesemuanya dengan sederhana. Setelah selesai, saya menunggu arahan seterusnya sama ada saya berjaya untuk ditemuduga ataupun tidak. Ketika saya menunggu, beberapa nama telah dipanggil dan mereka terpaksa pulang kerana telah gagal dalam ujian IQ sebentar tadi. Saya menanti dengan penuh debaran.

Setelah hampir 40 minit menanti, saya terdengar perbualan 4 orang pamuda perihal temuduga ini. "Eh, ko amik SPM tahun bila?",."Tahun 2004", mereka berbual." Eh, MT interview dalam bangunan ni jugak ke?", pemuda A bertanya."Entahlah, rasanya tempat lain",pemuda B menjawab.' Alamak, habislah aku. Salah level rupanya'.

Saya naik ke tingkat 6. Rupa-rupanya temuduga bagi jawatan saya adalah di tingkat 6, manakala tingkat 5 adalah jawatan kerani. Saya gelak sendiri memikirkan betapa naifnya saya mengikut punggung orang. Padahal telah membaca berulang kali tempat, masa dan tarikh bagi temuduga tersebut. Hal ini saya segera ceritakan pada Ayu melalui SMS. Ayu membalas ' tak pasal-pasal jawab exam 2 kali'. Saya malu sendiri.

Selepas itu, sesi temuduga berjalan dengan lancar. Saya berjaya melepasi 3 peringkat. Sekarang menanti panggilan dari pihak bank tersebut sama ada di senaraipendek atau pun tidak. Sebelum raya akan diberitahu. 'Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku'.

Hari ini Ayu akan ada temuduga di KWSP iaitu ditempat training sekarang. Semoga beliau berjaya. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan