Khamis, 3 September 2009

TERGAMAK

Saya mendapat panggilan dari 'racun-penawar' saya iaitu kakak saya. Ketika itu tidaklah terlalu sibuk kerana telah menyudahkan kerja secepat mungkin. Maklum, nak balik on time jam 5.15,takut telepas tren jam 5.55 pula. Kakak saya bertanya kalau-kalau saya sedang sibuk. Kemudian dia terus meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada saya. Ceritanya begini.

Kakak saya telah mengikuti program menguruskan badan iaitu De meritz. Ala yang dutanya Ziana Zain tu. Pakej program ini taklah 'mahal'.'Cuma' RM6000 je. 'Hah, RM 6000 kakak kata tak mahal', saya menjerit di dalam hati. Malah kakak saya telah pun membayar habis walaupun programnya belum habis lagi. Luahan rasa tidak puas hatinya adalah layanan yang diberikan oleh pekerja di slim world itu. Selepas sesi urutan selesai kakak saya telah dipaksa membeli produk tambahan yang dijamin 'sangat elok' untuk kurus dalam jangka masa yang singkat. Harganya pula RM1200. Aduh, mahalnya. Sudahlah mahal, dipaksa beli pula. Kakak saya tetap menegaskan keengganannya terhadap produk itu, lantas dia dimarahi atas kedegilannya itu. Sehinggakan pekerja itu tergamak berkata "saya sanggup tinggi suara pada you untuk beli ini produk sebab ia sangat bagus". Tergamak dia meninggikan suaranya kepada pelanggan yang merupakan punca gaji makan harinya itu. Kakak saya tergamam, namun tetap berkeras untuk tidak menerimanya tapi dengan wajah yang takut-takut.

Akhirnya pekerja Cina itu akur namun ia tidak berakhir di situ. Ketika dia menulis resit, mata pen ditekan sekuat hati demi melahirkan rasa marahnya terhadap kakak saya seraya berkata "itu minyak urut you ambil lagi satu ha". Tanpa persetujuan kakak say, dia telah pun memberi minyak urut yang sangat sedikit berharga RM80 sebotol.Kakak saya akur demi tidak mahu bertekak dengan pekerja yang 'sopan' itu.

Beginilah cara segelintir pekerja di Malaysia. Saya tidak tahu salah siapa beliau (pekerja) jadi begitu. Adakah kerana mengajar sasaran (target) jualan atau memang kasar orangnya. Namun saya pelik betapa tergamaknya dia memaksa pelanggan membeli produk dengan nada suara yang tidak sesuai dan bahasa tubuh yang menjelikkan.

Keikhlasan sangat penting demi sesuap nasi yang halal...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan