Khamis, 10 September 2009

KEMATIAN

...demi kematian berlaku pada saya. Bermula dengan opah tersayang yang meninggal akibat sakit tua pada Februari lalu. Cukup meninggalkan kesan yang mendalam terhadap keluarga umi memandangkan opah adalah seorang yang baik. Bertubuh kecil, ketinggian hanya mencecah 140cm dan berat sekadar 30kg namun terlalu kuat bekerja. Apa yang paling mengingatkan saya padanya adalah masakan kegemaran, ikan masak sambal. Apabila tiba saya di kampung, menu tengahari pasti tidak ketinggalan dengan lauk tersebut. Opah tidak mahu orang lain yang memasak lauk tersebut walaupun umi. Memang, ikan masak sambal tersebut sedap bila dari air tangannya. Namun, semua itu hanya tinggal memori. Opah pergi takkan kembali. Semoga roh opah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Kini, telah heboh dikalangan masyarakat dunia tentang menularan wabak H1N1. Wabak ini telah meragut ribuan penduduk seluruh dunia. Kenalan saya tidak terkecuali. Orangnya tertubuh montel, murah dengan senyuman, kelakar dan selalu melontarkan idea yang bernas tatkala bermesyuarat dengannya. Dia adalah arwah saudari Aisyah. Kami dipertemukan di dalam sebuah mesyuarat yang dipengerusikan oleh saya sendiri. Membincangkan perihal program pelajar UiTM Johor. Hubungan kami tidak berakhir disitu. Kami akan saling menyapa ketika berjumpa di sekitar kampus. Arwah telah menyahut seruan Ilahi ke alam abadi disebabkan wabak ini. Perginya seorang kenalan.

Terbaru iaitu semalam, saya mendapat berita teman saya ketika di program GEMS telah meninggal dunia akibat kemalangan yang tragis. Motorsikalnya telah bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Genting-Kelang masuk ke MRR2. Walaupun kami tidak pernah berbual, tetapi saya yakin arwah akan cam muka saya kalau berjumpa di mana-mana. Tempias kesedihan kuat mengena pada saya kerana kami di program tersebut seumpama satu keluarga.
Kematiannya juga meninggalkan kesan yang perit.

Begitulah kisah kematian yang menimpa diri saya. Dari yang rapat, kepada kenalan, kepada teman. Entah bila giliran kita,kan? Seharusnya tanya dulu diri kita sama ada sudah cukupkah ole-ole untuk dibawa di alam yang kekal Abadi.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan