Khamis, 1 Oktober 2009

PUASA NAZAR KAH?

Terujanya saya kali ini amat menarik. Saya mendapat sms dari umi berbunyi "walid puasa, tapi dia tak ingat. Hisap rokok dah separuh baru ingat". Kelakar namun menyentuh perasaan saya. Walid saya seorang perokok tegar. Bila menceritakan perihal bahayanya rokok terhadap kesihatan, ada saja jawapannya. Kebiasaan pada bula Ramadhan, Walid akan tidur dan hanya akan bangun untuk solat saja. Cara ini adalah untuk mengelakkan Walid ingin merokok.

SMS dari umi yang menyatakan Walid berpuasa bulan Syawal ini amat menerujakan saya. Doa saya dimakbulkan Allah. Saya tidak tahu niat puasa Walid. Namun, naluri saya kuat merasakan Walid berpuasa nazar setelah saya mendapat kerja di Bernas. Begitulah kesungguhan Walid terhadap masa depan saya.

Saya juga telah bersedia untuk berpuasa selepas keadaan mengizinkan . Ya Allah, terlalu besar anugerahMu pada hambaMu yang hina ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan