Memaparkan catatan dengan label Perlu tahu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perlu tahu. Papar semua catatan

Khamis, 10 September 2009

KEMATIAN

...demi kematian berlaku pada saya. Bermula dengan opah tersayang yang meninggal akibat sakit tua pada Februari lalu. Cukup meninggalkan kesan yang mendalam terhadap keluarga umi memandangkan opah adalah seorang yang baik. Bertubuh kecil, ketinggian hanya mencecah 140cm dan berat sekadar 30kg namun terlalu kuat bekerja. Apa yang paling mengingatkan saya padanya adalah masakan kegemaran, ikan masak sambal. Apabila tiba saya di kampung, menu tengahari pasti tidak ketinggalan dengan lauk tersebut. Opah tidak mahu orang lain yang memasak lauk tersebut walaupun umi. Memang, ikan masak sambal tersebut sedap bila dari air tangannya. Namun, semua itu hanya tinggal memori. Opah pergi takkan kembali. Semoga roh opah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Kini, telah heboh dikalangan masyarakat dunia tentang menularan wabak H1N1. Wabak ini telah meragut ribuan penduduk seluruh dunia. Kenalan saya tidak terkecuali. Orangnya tertubuh montel, murah dengan senyuman, kelakar dan selalu melontarkan idea yang bernas tatkala bermesyuarat dengannya. Dia adalah arwah saudari Aisyah. Kami dipertemukan di dalam sebuah mesyuarat yang dipengerusikan oleh saya sendiri. Membincangkan perihal program pelajar UiTM Johor. Hubungan kami tidak berakhir disitu. Kami akan saling menyapa ketika berjumpa di sekitar kampus. Arwah telah menyahut seruan Ilahi ke alam abadi disebabkan wabak ini. Perginya seorang kenalan.

Terbaru iaitu semalam, saya mendapat berita teman saya ketika di program GEMS telah meninggal dunia akibat kemalangan yang tragis. Motorsikalnya telah bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Genting-Kelang masuk ke MRR2. Walaupun kami tidak pernah berbual, tetapi saya yakin arwah akan cam muka saya kalau berjumpa di mana-mana. Tempias kesedihan kuat mengena pada saya kerana kami di program tersebut seumpama satu keluarga.
Kematiannya juga meninggalkan kesan yang perit.

Begitulah kisah kematian yang menimpa diri saya. Dari yang rapat, kepada kenalan, kepada teman. Entah bila giliran kita,kan? Seharusnya tanya dulu diri kita sama ada sudah cukupkah ole-ole untuk dibawa di alam yang kekal Abadi.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku...

Khamis, 3 September 2009

TERGAMAK

Saya mendapat panggilan dari 'racun-penawar' saya iaitu kakak saya. Ketika itu tidaklah terlalu sibuk kerana telah menyudahkan kerja secepat mungkin. Maklum, nak balik on time jam 5.15,takut telepas tren jam 5.55 pula. Kakak saya bertanya kalau-kalau saya sedang sibuk. Kemudian dia terus meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada saya. Ceritanya begini.

Kakak saya telah mengikuti program menguruskan badan iaitu De meritz. Ala yang dutanya Ziana Zain tu. Pakej program ini taklah 'mahal'.'Cuma' RM6000 je. 'Hah, RM 6000 kakak kata tak mahal', saya menjerit di dalam hati. Malah kakak saya telah pun membayar habis walaupun programnya belum habis lagi. Luahan rasa tidak puas hatinya adalah layanan yang diberikan oleh pekerja di slim world itu. Selepas sesi urutan selesai kakak saya telah dipaksa membeli produk tambahan yang dijamin 'sangat elok' untuk kurus dalam jangka masa yang singkat. Harganya pula RM1200. Aduh, mahalnya. Sudahlah mahal, dipaksa beli pula. Kakak saya tetap menegaskan keengganannya terhadap produk itu, lantas dia dimarahi atas kedegilannya itu. Sehinggakan pekerja itu tergamak berkata "saya sanggup tinggi suara pada you untuk beli ini produk sebab ia sangat bagus". Tergamak dia meninggikan suaranya kepada pelanggan yang merupakan punca gaji makan harinya itu. Kakak saya tergamam, namun tetap berkeras untuk tidak menerimanya tapi dengan wajah yang takut-takut.

Akhirnya pekerja Cina itu akur namun ia tidak berakhir di situ. Ketika dia menulis resit, mata pen ditekan sekuat hati demi melahirkan rasa marahnya terhadap kakak saya seraya berkata "itu minyak urut you ambil lagi satu ha". Tanpa persetujuan kakak say, dia telah pun memberi minyak urut yang sangat sedikit berharga RM80 sebotol.Kakak saya akur demi tidak mahu bertekak dengan pekerja yang 'sopan' itu.

Beginilah cara segelintir pekerja di Malaysia. Saya tidak tahu salah siapa beliau (pekerja) jadi begitu. Adakah kerana mengajar sasaran (target) jualan atau memang kasar orangnya. Namun saya pelik betapa tergamaknya dia memaksa pelanggan membeli produk dengan nada suara yang tidak sesuai dan bahasa tubuh yang menjelikkan.

Keikhlasan sangat penting demi sesuap nasi yang halal...

Selasa, 1 September 2009

100% INCREASED

Memanglah bukan tepat-tepat 100%, tapi 90% tu kalau dibundarkan, tak ke 100% jugak. Inilah dilema yang melanda saya sedari pagi yang indah tadi. Ketika mendapat tempat di dalam bas, saya dihampiri oleh konduktor bas yang berusia anggaran 40an. Macam biasalah, dengan wajah biasa saya menghulurkan note RM1 kepada beliau." Nak kemana dik?". 'Aik, tak pernah-pernah konduktor bas ni tanya destinasi yang hendak dituju."Maybank", saya menjawab. Beliau mengambil masa selama 5 saat untuk memberi respon kepada saya."RM1, kalau ke KL RM1.90", beliau berhujah. Saya keliru, adakah Menara Maybank itu kedudukannya di Perak? Seharusnya tambang RM1.90, tapi tidak pula beliau menagih lagi 0.90sen kepada saya. Saya ditinggalkan dengan sekeping tiket seringgit beserta seribu persoalan.'Aku salah sebut ke, dia yang salah dengar', saya bermonolog.

Namun, bukan itu persoalan pokok.Itu cuma pucuknya saja. Yang menjadi persoalannya adalah kadar kenaikan tambang yang saya fikir akan banyak mengubah cara saya berbelanja. Kalau dulu, sebulan RM40, tapi sekarang RM80. Walaupun tidaklah sampai RM80, perubahannya tetap terasa tempias panasnya. Saya terus menghantar SMS kepada ayu (kawan dunia akhirat), 'ayu, pasni aku kena naik komuter la dengan ko'.

Itu adalah alternatif yang saya fikirkan agar dapat mengekalkan perbelanjaan bulanan saya. Walaupun terpaksa menapak jauh, saya tidak peduli. Demi 0.90sen sehari.

''Wahai kerajaan, teruskan slogan 'Rakyat didahulukan' ye...

Isnin, 24 Ogos 2009

YA RAMADHAN

Hari pertama Ramadhan merupakan hari Sabtu dan ia hari cuti. Saya bersahur keseorangan. Selepas bersahur saya terus bersolat Subuh justeru selesai mendengar azan. Bagi segelintir umat Islam, mereka akan menghabiskan masa duduk berehat di rumah untuk mengelakkan kehabisan tenaga semperna berpuasa ini. Tetapi tidak bagi saya. Saya keluar bersama rakan ke 'Bookfes' di KL Convention Centre. Memang seronok. Beribu buku, novel, komik yang di jual di situ dengan potongan harga yang mengujakan. Saya mengambil kesempatan untuk membeli kompilasi 2 buah novel yang pada harga asalnya RM44.00. Saya beli dengan harga RM18.90. Alangkah berbaloinya. Tambahan pula novelis novel- novel ini adalah antara yang menjadi kegemaran penggemar novel iaitu Fauziah Ashari. Kawan saya membeli 3 buah novel termasuk sebuah Al-Quran poket. Semuanya berjumlah RM51.00. Kami berpuas hati dengan pembelian hari ini.

Kami pulang pada jam 2.30 pm dan InsyaAllah akan datang kembali pada hari Jumaat 28hb8 semperna duit 'dah masuk'.

Akan beli novel Norhayati Berahim pula nanti...

Selasa, 18 Ogos 2009

TAKDIR DIPERSALAHKAN

Melalui pembacaan saya di Harian Metro, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang enggan memakai topeng muka sekiranya terdapat simptom-simptom H1N1. Memang wajar kerajaan bertindak demikian. Saya rasa inilah salah satu tindakan rasional kerajaan. Yang lain-lain, saya ambil masa untuk memikirkan rasionalnya terlebih dahulu. Virus H1N1 ini terlalu seni. Kita tidak mampu melihatnya dengan pandangan mata kasar meskipun 'hijab' pandangan di buka.

Memakai 'mask' dan mencuci tangan dengan kerap adalah salah satu perkara pencegahan yang perlu dilakukan. Namun, ada juga kata-kata negatif terhasil dari bibir orang yang suka berfikiran negatif. Ambil contoh pernyataan dari seorang kenalan saya, "alah, kalau dah nak kena, nak buat macam mana". Dia mengucapkan ayat ini selepas saya menasihatinya memakai mask dan tidak keluar dari rumah sekiranya tiada urusan yang penting. Pernyataannya itu semacam mahu menyalahkan takdir sekiranya tertulis yang kita akan kena penyakit ini di masa akan datang.

Hati saya merona bara dan membalas kenyataannya," mencegahkan lebih baik dari mengubati. Kalau macam tulah awak cakap, ramailah yang akan menjadi pencuri. Alasan yang diberikan sekiranya tertangkap, "sudah takdir saya jadi pencuri". Aduh, pendek sungguh pemikiran rakyat Malaysia sekarang. Sama ada anda sedar atau tidak, kebanyakkan kita suka mencipta alasan yang kadang-kala kita sendiri tidak percaya alasan ciptaan kita itu

Apapun, saya mendoakan kenalan saya itu dapat berubah dan melakukan anjakan paradigma dalam pemikirannya itu.

Esok apa takdir saya ye?...