Jumaat, 28 Ogos 2009

SAKIT

Saya telah dan sedang mengalaminya...

Dilanda demam selsema walaupun hanya sekejap menyukarkan saya melalui rutin harian saya seperti biasa. Namun saya yakin pasti ada hikmahnya, dan hikmahnya adalah saya dapat menghabiskan pembacaan 2 buah novel yang baru saya beli dan mengemas kamar comel saya.

Diberi cuti 2 hari merupakan 'pemberian' yang sangat menyenangkan hati memandangkan saya memang terasa 'malas' hendak pergi kerja ekoran dari kemerosotan kesihatan sedari bangun sahur pada pagi Selasa. Rakan karib turut menasihati agar ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut. Malah 'beliau' juga tanpa segan silu memohon cuti pada bosnya dengan alasan menjaga kawan yang sedang demam."Alahai...bunyinya sungguh mulia".

Namun,'beliau banyak membantu memicit kepala, membasuh kain tidak kurang juga memberi arah yang salah sehingga kami sesat ke Damansara demi mencari Plaza Pantai (klinik) di Kg Kerinchi.

Alhamdulillah, tahap kesihatan semakin baik walaupun cuaca sekarang tidak menentu. Tekak kadang-kadang gatal sekali sehingga memerlukan saya batuk sekuat mungkin. Timbul rasa bimbang kalau-kalau orang keliling kurang selesa dengan saya. Namun, memandangkan lebih 2 orang yang sakit-sakit, ia dianggap biasa.

Get well soon ila...

2 ulasan:

  1. mulia giler ayu tue...dah tau demam g la hosp kerajaan...demam skrg xleh wat main2...jaga diri..selamat merdeka..zulkarnain @ valkyrie..

    mesti ko pelik aku tau mana blog ko nie..erm aku slalu tgk azi bdk mmg(marche) baca blog group ko n page ko..tu try buka n baca..sronok gak...byk masa ko yek...

    BalasPadam
  2. you're most welcome....aku tak pelik langsung sebab aku memang sengaja advertise add blog aku untuk orang baca...teruskan la melawat kalo ko nak tahu cerita aku sebab kebanyakkannya akan ada cite pasal kawan dunia akhirat aku tu...

    selamat berpuasa

    BalasPadam