Memaparkan catatan dengan label 1001 kisah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1001 kisah. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Ogos 2009

SAKIT

Saya telah dan sedang mengalaminya...

Dilanda demam selsema walaupun hanya sekejap menyukarkan saya melalui rutin harian saya seperti biasa. Namun saya yakin pasti ada hikmahnya, dan hikmahnya adalah saya dapat menghabiskan pembacaan 2 buah novel yang baru saya beli dan mengemas kamar comel saya.

Diberi cuti 2 hari merupakan 'pemberian' yang sangat menyenangkan hati memandangkan saya memang terasa 'malas' hendak pergi kerja ekoran dari kemerosotan kesihatan sedari bangun sahur pada pagi Selasa. Rakan karib turut menasihati agar ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut. Malah 'beliau' juga tanpa segan silu memohon cuti pada bosnya dengan alasan menjaga kawan yang sedang demam."Alahai...bunyinya sungguh mulia".

Namun,'beliau banyak membantu memicit kepala, membasuh kain tidak kurang juga memberi arah yang salah sehingga kami sesat ke Damansara demi mencari Plaza Pantai (klinik) di Kg Kerinchi.

Alhamdulillah, tahap kesihatan semakin baik walaupun cuaca sekarang tidak menentu. Tekak kadang-kadang gatal sekali sehingga memerlukan saya batuk sekuat mungkin. Timbul rasa bimbang kalau-kalau orang keliling kurang selesa dengan saya. Namun, memandangkan lebih 2 orang yang sakit-sakit, ia dianggap biasa.

Get well soon ila...

Jumaat, 14 Ogos 2009

KERETA IMPIAN..

Setiap hari saya akan menaiki bas Metro 46/46D untuk ke tempat kerja. Perjalanan saya akan melalui Angkasapuri, Bangsar, Brickfield and Tun Perak. Maka, setiap hari jugalah mata saya tidak pernah jemu memandang kemewahan warga kota memiliki kereta yang kadang-kadang saya tidak pernah nampak pun. Inilah sifat kebanyakkan perempuan yang tidak amik berat perihal kereta.

Saya juga ada kereta impian iaitu Honda Jazz..Kenapa Honda Jazz? Kenapa tidak BMW, Toyota Rush etc.. Kerana reka bentuknya bercirikan lady driver..Perihal enjin saya tidak peduli.Asalkan ia kereta baharu, sudah tentulah enjinnya tidak ada masalah bagi tempoh 2 tahun pertama(sekurang-kurangnya) selagi minyak enjin terjaga..

Tetapi, bersumberkan pendapatan RMxxxx, dapatkah saya memiliki Honda Jazz ini dalam tempoh setahun ini. Saya perlu lakukan sesuatu.

Opss..masa untuk bekerja.

Khamis, 13 Ogos 2009

RAMADHAN DAN MEMASAK

Saya adalah seorang yang tahu apa yang saya mahukan dan apa yang boleh saya lakukan. Antaranya adalah memasak. Ramai yang tidak tahu saya agak berkebolehan dalam memasak.bak kata umi saya, "ila ni ikut tangan mak kecik( mak saudara saya), campak je, mesti sedap". Begitu juga rakan baik saya ayu,"ala ngko la masak ila, ko masak megi sedap". Statement ini saya tak tahu sejauh mana keikhlasannya. Adakah hanya ingin membodek saya untuk rajin memasak untuknya atau memang benar air tangan saya mengikut selera universal. Tak mengapalah, lagipun saya memang suka memasak.

Menjelang Ramadhan yang ditunggu-tunggu ni saya merancang awal untuk selalu ke dapur dan masak juadah untuk sahur kerana perut ni 'demanding' untuk masuk lauk-lauk yang panas saja. Ayu sentiasa bersetuju kerana pulang maklum bahawa sudah tentu bukan dia yang akan masak. masalahnya, saya harus pandai merancang jam berapa yang seharusnya saya bangun pagi untuk memasak kerana housemate kami merupakan seorang ibu tunggal India yang akan bangun tiap2 jam 5 pagi untuk memasak makan tengahari buat 2 anaknya.

Hingga sekarang, saya masih berfikir pukul berapa harus bangun nanti untuk menggunakan dapur sebelum kak Chandra(ibu tunggal) menggunakannya. Masih ada masa untuk berfikir..

Umi, jangan lupa bawakan apron plastik kotak-kotak bila datang rumah ila Jumaat ni ye...

Rabu, 12 Ogos 2009

IN THE NAME OF GOD.

in the name of God,the Most Gracious, the Most Merciful...

Ini bukanlah detik pertama kali saya mempunyai blog sendiri.Malah saya yakin,saya merupakan 1000 Malaysian blogger terawal yang mempunyai blog sendiri.Dahulu nama blog saya adalah anisfirdaus@blogspot.com (saya rasa anda dapat meneka anisfirdaus tu datangnya dari gabungan nama sape). Dek kerana minda di'tempurungi' dengan topik cinta dan diri sendiri sahaja, idea untuk mengarang blog setiap hari terbatas...mula-mula hari-hari, kemudian setiap bulan..akhirnya blog anisfirdaus sepi tanpa updating lagi...tambah teruk,ownernya sudah lupa password untuk menjengah blog malang tersebut. Tak mengapalah, "patah tumbuh, hilang berganti". Jadi dengan semangat dan azam yang baru, saya akan mencipta blog yang baru,sarat dengan detik2 gembira,lucu,terharu dan juga sedih..InsyaAllah..Ikutilah kisah kehidupan saya yang menerujakan ini...